Assalamualaikum…segala puji bagi Allah, Tuhan yang sentiasa bersama kita walaupun segenap manusia sudah tidak mempedulikan kita…sepatutnya kita menyerahkan duka dan gembira pada-Nya,agar damai senantiasa hati yang sering berubah-ubah.
Baru-baru ni, berpeluang juga melawat Singapura (kota singa) bersama Awin&Aje. Dengan budget yang ciput…terasa macam nak keluarkan rancangan travel sendiri ala-ala Ian Wright ke, Maria Tunku Sabri ke =)…rancangan bertajuk 2hari 1 malam…tapi akibat budget ciput…prog jadi sehari jer…haha…lain kali think big…tapi, jangan think big sampai tak tercapai dek akal.
Dah ada orang kata blog ni macam newspaper (hai, sedap je Exco IPhA sorang ni menuturkan, tapi takpe, comments make us grow), so, kali ni nak buat point form…ala-ala PSGP, nak mind map tu kena berguru dulula..haha…peril jangan tak peril…
Penginapan-(dekat rumah tumpangan perling)
Depan rumah Awin je, jangan fikir plak macam rumah untuk prostitute…mazannar!…rumah tumpangan ni memang best gak dengan budget yang ada…bilik untuk 2orang, rm49 2malam…ade air-cond, air panas, tv (rancangan Singapore,kurang censored ma) n tilam yang rasa macam nak buat bunyi lebah je 24jam (zzz)..tapi nak selesa sebab ko tau la fizikal Aje, so, kiteorang amik bilik untuk 3orang jadi rm59 2malam..malam ke2 tu ade orang takleh masuk rumah, tumpang gak kat bilik kiteorang.. tula lepak lagi kat Restoran Singgah Selalu tengok MU menang besar 5-0 sampai nak dekat kul 2am…nasib baik tak sambung tengok Chelsea…kat sini gak jumpa Ekin tunang Mawi..em, artisla katakan…the rest is history
Pengangkutan-(Lancer 2.0GT)
The best car tak silap tahun lepas…keta idaman Taufik…pergh nak merasa rm1200 terbang sebulan boleh beli…tapi best jugak naik keta ni..tapi dah lama-lama, paneh punggung juga huhu..apepun, thanks a lot tu Jaja (bukan Syaza)..Shahreza sbb jadi pemandu pelancong…nak harapkan Kelisa kang sesat lak kat bandar Singapore tu…huhu, Awin jangan emo…kalu emo makan kat Santai…
Singapura (habis lebih kurang $70=RM150)
Kebanyakan tempat kiteorang pi kat Sentosa…so, check these out
Siloso Beach (the hippest beach, Badri syorkan pi tengok Songs of the Sea, pada malam hari bayar $8),tapi takpi pun, pi tengah-tengah hari…terkezut..tul..tengok pemandangan yang takde kat Malaysia…bukan Subhanallah dah…Astaghfirullah lebih tepat…the rest is history
Luge (Once is never enough)
Naik ala-ala go-kart yang takde enjin…best gile memang tema dia once is never enough tepat..lawak gak tengok Aje naik benda ni…benda ni guna gravity kecerunan bukit…so, memang untungla pihak Sentosa…sekali naik dah $10…maintenance apela sangat…
Merlion (Mermaid+Lion)
Mesti korang tahu simbol Singapore ni…katanya ade luck la benda ni, brings prosperity kat Singapore…khurafat tahap giga..haha..apepun, nampak diorang tukar sejarah je…em,no comment..tak tau tentang sejarah Singapura sangat.
Seah Im Food Court
Food court ni kiteorang makan nasi beriani…kire pi Singapore n JB ni asyik makan nasi beriani je…nasib baik kat Jusco Tebrau tak melantak nasi beriani lagi…kat Sayed nasi beriani (murah, RM5.00, tapi sedap…kalah teruk Taj Point)..kat Singapore makan kat Seah Im Food Court kat Rezeki Allah, beriani ayam $4..kire harga makanan kat Singapura ni sama macam Malaysia Cuma tukar RM jd $..
Ok tu je yang dapat dikongsikan dalam blog ni…terima kasih kerana sudi membaca…insyaAllah, ke Kapas in planning..budget lantai tak dapatla jek…budget maks RM300…jom melancong!
p/s: semua orang membesar tapi tidak semua orang dewasa apabila membesar…renungkan